Web design sadly done by Zed.

Sembilan Belas

Buku '8 Disember: Dalangnya Siapa?' ditulis oleh seorang ahli sejarah terkenal di Brunei iaitu Dr. Hj. Jamil Al-Sufri. Ia diterbitkan oleh Pusat Sejarah Brunei pada tahun 2003. Gambar yang ditunjukkan di muka hadapannya adalah sebuah lukisan yang dari usulnya menggambarkan Kampong Ayer setelah runtuh dan terbakar, tetapi saya kurang pasti. Apalagi fon yang dipakai untuk tajuk buku ini iaitu bentuk darah mengalir, yang mungkin berkait dengan kematian-kematian yang berlaku. Secara maklum, buku ini mengkaji salah satu kejadian penting dalam sejarah kita iaitu pemberontakan (atau lebih lagi pengganasan) yang berlaku pada Disember 1962.

8 Disember: Dalangnya Siapa? bukan sahaja mempersembahkan sebuah historiografi kejadian ini, tetapi membangkitkan beberapa isu tentang kemoralan para ahli PRB (Partai Rakyat Brunei) dan TNKU (Tentera Nasional Kalimantan Utara), impak yang telah berlaku kepada masyarakat dan kerajaan Brunei sesudah tamatnya pemberontakan, dan bagaimana Brunei, Alhamdulillah, terus dapat maju dan memperolehi kermedekaan beberapa tahun kemudian. Penulis menggambarkan pemberontak sebagai sejarah yang sangat pahit dan menuduh setengah pihak-pihak PRB sebagai mabuk kuasa, berpolitik secara manipulasi dan seterusnya. Dengan lain kata, kematian dan perkelahian boleh dielak jika ketua-ketua partai tersebut menjalankan hal-hal mereka secara aman damai. Siapa tahu, mungkin PRB akan terus hidup hingga sekarang?

Selain itu, buku ini ada beberapa gambar menarik yang berkait dengan peristiwa Disember 1962 dan peristiwa lain, tetapi mungkin saya tiada izin untuk menunjukkannya didalam blog ini. Walaubagaimanapun, buku ini sangat berpentingan kerana, kalau bukan sebab lain, ia mengreflek bagaimana kerajaan Brunei sendiri mengingat perisitwa pemberontakan yang berlaku ini.

Jikalau kamu ingin membaca buku-buku lain tentang pemberontakan 1962, saya mengrecommend 'Rebellion in Brunei' oleh Harun Majid dan 'Remember, remember the 8th of December' oleh Duli Pengiran Perdana Wazir. Saya pernah menulis sebuat post tentang kedua-dua buku tersebut dalam link ini
.

1 Comments:

Blogger Ibrahim said...

The book ,left many readers with one big question who was behind the rebellion? It fell short with one needed answer to the question, Siapa Dalangnya? One could only left with one's assertions, could it be the British, the Indonesian, the communists, and so on. Although the book came close of saying that its the communists but never really asserted it.

Look what is happening today, all roads go to China, the Communist country! ASEM7, CAEXPO, the Olympics... It looks like communism is not that bad after all!

I suggest people to read the book by HRH Prince Mohamed Bolkiah's " Remember, remember the 8th of December". It doesn't pretend to explain all the causes and the culprits but simply picturing of what happening to peoples on that time.

Zedpeace, I read your review on that book, although very short and brief,but an interesting one coming from a young reader like you. And thats the target of the book by HRH the Prince, our young people need to be told about the up and down of our country's history. Welldone!

October 24, 2008 5:41 PM  

Post a Comment

<< Home