Web design sadly done by Zed.

Dua puluh sembilan

Mackie MR5 Reference Monitor
Oleh Zed Peace
5/1/2009


Salah satu sebab mengapa aku sangat berminat dengan produksi muzik dan penciptaan lagu ialah kerana aku melihat ia seperti kreatif outputku. Sebagai seorang artis akan mengguna segala warna-warni dan alat lukisan kearah sekeping kertas untuk menyampaikan imej yang ada di mindanya, aku semacam itu memakai pelbagai bunyi-bunyian dan lyrik untuk menerbitkan lagu dengan tujuan untuk menghibur pendengar.


Aku baru sahaja membeli sebuah speaker untuk studioku, iaitu Mackie MR5 Reference Monitor. Ia sebuah speaker yang sangat jelas apabila mendengar segala lagu-lagu yang sedang dalam proses mixingnya. Ini sebuah proses yang penting kerana aku harus pastikan segala rakaman dalam sebuah lagu dari vokalnya ke bunyi drumnya berbunyi sebaik mungkin. Tetapi aku bukan seorang beat-maker, itu kerja sahabat ku yang bernama Khaos. Apa ada nawi? Haha.

Balik semula kepada speaker ini, ia dicipta oleh syarikat Mackie yang salah satu nama terkenal di dalam industri muzik produksi. Tetapi faktor yang paling menarikku untuk membelinya adalah harganya. Satu speaker Mackie MR5 berharga 135 Pound Sterling. Aku hanya membeli satu pasang sahaja speaker untuk masa ini, dan tentu akan membeli sebuahnya lagi di masa hadapan. Walaubagaimanpun, kerana reputasinya Mackie sebagai salah satu syarikat terbesar dari USA aku pasti ia investment yang bagus.

Sedangku menggunakan speaker Mackie MR5 ini, aku sangat gembira dengan qualitynya. Ia seperti ku dapat dengar segala yang ada dalam sebuah lagu itu, dan inilah tanda sebuah speaker yang baik. Dan ini baru sahaja dengan sebuah speakernya, apa lagi kalau ada kedua-duanya.


Selain itu, designnya pun sangat bisai dan pasti akan menarik siapa saja yang melihatnya. Tetapi yang terpenting bagiku apabila mencipta sebuah single atau album atau apa saja rakaman bukan segala equipment yang mahal atau studio mixingnya atau promosinya, yang penting adalah niat baik seorang itu dan jika ia banar berminat membuat muzik atau jika dia ada agenda yang kurang senonoh seperti kekayaan atau populariti.

Yang penting adalah inspirasi yang akan disampaikan dari sebuah lagu itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home