Web design sadly done by Zed.

Empat puluh sembilan

Ucapan Obama di Cairo, Egypt

Pada June 4, US Presiden Obama telah mengadakan sebuah ucapan besejarah di University Kaherah, Cairo dimana dia menghadapi dunia Islam. Ia hendak membaharui hubungan US dengan negeri2 Islam, dan dalam ucapannya membangkitkan beberapa isu penting yang dunia zaman ini menghadapi yang mengancam keselamatan semua, seperti masalah extremis, senjata nuclear, konflik Palestin-Israel dan lain2 lagi. Selain itu, Obama memberi beberapa solusi kepada masalah2 global tersebut, tetapi bagiku yang paling menarik adalah apa ia hendak berlaku kepada Palestin, iaitu membantu mereka untuk mencapai autonomi dari Israel (sambil mengatakan dunia Islam patut juga membuka hubungan dengan Israel). Ini rasaku, jika tercapailah sekiranya dalam presidensi Obama, akan menjadikannya presiden US yang lain daripada lain: seorang pemimpin dunia yang mengambil initiativ untuk memajukan interes semua pihak, dan bukan saja untuk negeri sendiri.

Tetapi, adakah Obama mungkin terlalu idealis dengan janji2nya? Rasaku, patutlah ada elemen optimistik apalagi dalam masa yang penuh khuwatir ini. Dan siapa lebih baik daripada presiden US pertama berkulit hitam sebagai simbol perubahan dan kemajuan manusia? Dalam tahun pertamanya sudah dia dapat memperbaiki imej US yang semua sekali tidak popular, bukan saja kepada dunia Islam, tetapi dunia Latin America, EU dan dunia East Asia. Imej US sebagai pembully dunia akan dapat dilupakan, dan sama2 negeri dapat bergotong-royong untuk mencapai interes kolektiv semua. Ambassor US ke Brunei William E. Todd telah menulis artikel yang menghighlight kepentingan ucapan Obama itu, dan apa ia bermakna kepada dunia Islam yang termasuk Brunei. Artikelnya buleh dibaca
sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home