Lima Puluh
Hmm I wonder.



Web design sadly done by Zed.
Pada June 4, US Presiden Obama telah mengadakan sebuah ucapan besejarah di University Kaherah, Cairo dimana dia menghadapi dunia Islam. Ia hendak membaharui hubungan US dengan negeri2 Islam, dan dalam ucapannya membangkitkan beberapa isu penting yang dunia zaman ini menghadapi yang mengancam keselamatan semua, seperti masalah extremis, senjata nuclear, konflik Palestin-Israel dan lain2 lagi. Selain itu, Obama memberi beberapa solusi kepada masalah2 global tersebut, tetapi bagiku yang paling menarik adalah apa ia hendak berlaku kepada Palestin, iaitu membantu mereka untuk mencapai autonomi dari Israel (sambil mengatakan dunia Islam patut juga membuka hubungan dengan Israel). Ini rasaku, jika tercapailah sekiranya dalam presidensi Obama, akan menjadikannya presiden US yang lain daripada lain: seorang pemimpin dunia yang mengambil initiativ untuk memajukan interes semua pihak, dan bukan saja untuk negeri sendiri.



